Tuesday 6 January 2015

Pengenalan

Assalamualaikum wbt. Pertama sekali syukur kehadrat ilahi atas segala kurniaNYA terhadap apa yang saya peroleh selama hidup ini. Juga atas nikmat iman dan islam. Untuk pengenalan ingin saya perkenalkan diri secara ringkas. 

Telah ditakdirkan untuk diberi nama NURUL WAHIBA MUSTAFA. Merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Ibu bernama Mariah Ahmad dan ayah bernama mustafa Mat zin. Hidup   bersama ayah tidak lama. Allah menjemput ayah 2 tahun yang lalu. Saya sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. 

Hidup saya dari kecil hingga kini memang dikelilingi dengan ahli keluarga yang rata-ratanya memiliki perniagaan sendiri. Biarpun kecil-kecilan, ini sangat menarik perhatian saya lebih-lebih lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak. Saya bercita-cita untuk bekerja di rumah sambil menjaga sendiri anak dan mengurus rumah tangga dengan sempurna. 

Memasuki bidang perniagaan dan menjadi usahawan bukanlah perkara mudah. Seseorang itu haruslah kuat dari segi fizikal dan mental. Namun saya yakin dengan kaedah yang betul dan niat yang baik juga ikhlas  kerana Allah segala usaha akan membuahka  hasil. Segala kesusahan bakal menjadi rujukan dan peringatan di masa hadapan. 

Saya sudah kelewatan dalam menulis blog ini kerana sudah tertangguh lebih 2 bulan. Syukur masih diberi peluang oleh Allah dan berharap agar segala coretan memberi manfaat kepada pembaca.